Malaysia Ucap Tahniah Kepada Presiden Baru Filipina

Diterbitkan: Rabu, 9 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia mengucapkan tahniah kepada Benigno Aquino Jr. III atas pelantikan beliau sebagai presiden Filipina yang baru.

Dalam perutusan tahniah kepada Aquino hari ini, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, Malaysia yakin hubungan dua hala dengan Filipina akan diperkukuhkan lagi dalam semua bidang kepentingan bersama.

"Malaysia juga mahu bekerjasama rapat dengan Republik Filipina ke arah mencapai wawasan bersama bagi Asean yang stabil dan makmur," katanya dalam satu kenyataan.

Aquino, 50, akan mengangkat sumpah sebagai presiden ke-15 Filipina pada 30 Jun bagi menggantikan Gloria Macapagal Arroyo yang telah menerajui negara itu selama sembilan tahun.

Kiraan undi rasmi kongres yang berakhir pada Selasa menyaksikan Aquino menewaskan lapan pesaingnya dengan memperoleh lebih 15 juta undi.

Aquino ialah anak lelaki bekas presiden Corazon Aquino dan ikon demokrasi yang dihormati di negara itu - Benigno Aquino Jr.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan