Malaysia Sumbang AS$45,000 Kepada Sukarelawan Turki

Diterbitkan: Rabu, 9 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia sebanyak AS$45,000 (RM149,709) kepada keluarga sembilan rakyat Turki yang dibunuh tentera Israel dalam insiden kapal 'Mavi Marmara' minggu lepas.

Bantuan disampaikan kepada Duta Turki ke Malaysia Serap Attay di kediamannya di Langgak Duta di sini.

Mengulas mengenai bantuan itu, Rosmah berkata setiap keluarga sukarelawan Turki yang terbunuh akan menerima AS$5,000 (RM16,634.40).

Dalam insiden pada 30 Mei lepas, sembilan warga Turki itu terbunuh selepas tentera rejim Zionis menyerang kapal tersebut yang dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Insiden itu turut menyaksikan 12 rakyat Malaysia di atas kapal tersebut ditahan Israel.

Mengulas mengenai kejadian tersebut, Rosmah berkata rejim Israel kini tidak lagi berani untuk mengulangi kejadian serupa kerana dunia sedang memerhati tindak-tanduk mereka.

"Dunia telah mengetahui bahawa tujuan mereka (rejim Israel) masuk ke kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza bukan sekadar membuat pemeriksaan ke atas barang-barang dan peserta tetapi lebih daripada itu," katanya.

Beliau juga menasihati sukarelawan Malaysia yang hendak ke Gaza supaya lebih berhati-hati. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan