Kerjasama Serantau Penting Jamin Keamanan Dan Keselamatan Rantau Asia Pasifik - Muhyiddin

Diterbitkan: Rabu, 9 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa negara-negara di Asia Pasifik meningkatkan mekanisme kerjasama demi menjamin keamanan dan keselamatan rantau ini. Beliau berkata, rantau itu perlu terus mengamalkan pendekatan menyeluruh ke arah menilai kestabilan serantau dengan penekanan seimbang antara isu keselamatan tradisi dan berbangkit.

Katanya, dengan peningkatan kuasa ketenteraan di kalangan negara di rantau itu sejak kebelakangan ini, mekanisme seperti itu boleh menggunakan kekuatan sederhana terhadap lawan dengan memupuk dialog bagi membincangkan langkah konstruktif berbanding langkah kemusnahan serta memberi respon sewajar terhadap tanggapan cabaran oleh mana-mana kuasa.

"Platform serantau seperti itu boleh membantu meletakkan perkara dalam perspektif yang betul, memisahkan mitos dengan fakta serta mengawal respon berbalas yang produktif yang memburukkan keadaan daripada memperbaiki situasi," katanya.

Muhyiddin berkata demikian semasa menutup persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-24 di sini.

Katanya, negara-negara di rantau itu perlu bersatu-padu dengan kepercayaan bahawa kerjasama serantau merupakan kunci bagi membina keamanan dan keselamatan berkekalan dan kunci untuk membuka pintu potensi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan.

Katanya, bagi memastikan rantau itu merentasi jalan yang aman, adalah kritikal bagi China, India, Jepun dan Amerika Syarikat menampung kepentingan masing-masing dan mengelak semangat nasionalisme kekitaan daripada menunjukan keburukan. Bagaimanapun, beliau menegaskan perpaduan kuasa utama tidak harus atas kepentingan negara Asean dan anggota negara serantau lain.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, kuasa ketenteraan juga harus dipupuk untuk kepentingan bersama dan digunakan untuk menangani kebimbangan keselamatan bersama. Katanya, Kumpulan Penghubung Mengenai Kegiatan Lanun dekat Pantai Somalia (CGPCS) di mana Malaysia merupakan peserta aktif bersama negara serantau seperti China, Indonesia, jepun dan Korea Selatan, adalah salah satu daripada banyak contoh di mana keupayaan ketenteraan boleh digunakan untuk tujuan murni.

"Mungkin ini merupakan pandangan optimistik keterlaluan mengenai peningkatan kekuatan kemampuan ketenteraan di rantau ini.

"Tetapi saya percaya ia adalah tidak bertanggungjawab bagi kita untuk mengabaikan kemungkinan kerjasama dan kepentingan bersama kerana kita membenarkan diri kita dikaburi dengan persepsi ancaman tradisi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan