Kerajaan Timbang Lantik Pemborong Khas Bekal Gula Kepada PKS

Diterbitkan: Rabu, 9 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang menimbang cadangan untuk melantik pemborong khas bagi membekalkan gula kepada pengusaha kecil dan sederhana (PKS) sebagai langkah mengatasi kekurangan bekalan untuk pengguna domestik.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata saranan itu bagi mengelak PKS berebut bekalan gula dengan pengguna di pasar raya atau kedai runcit, yang merupakan salah satu punca berlakunya krisis gula dalam pasaran.

"Dengan pelaksanaan langkah itu nanti, PKS akan mendapat bekalan menerusi pemborong khas saja," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas ucapannya ketika menggulung Rang Undang-Undang Jualan Langsung 2010 di Dewan Rakyat di sini semalam.

Ismail Sabri yang ditemui di Lobi Parlimen sebaik persidangan Dewan Rakyat tamat menegaskan cadangan itu masih di peringkat kajian, termasuk mengenal pasti pemborong yang layak untuk melaksanakan tanggungjawab itu.

Terdahulu, ketika menggulung perbahasan Pindaan Akta Jualan Langsung 1993, Ismail Sabri berkata kerajaan dalam perbincangan untuk mewujudkan pemborong khusus untuk mengedar gula kepada PKS.

Menolak andaian langkah itu akan memberi monopoli kepada pemborong tertentu, Ismail Sabri berkata kerajaan akan menetapkan mekanisme terbaik untuk pengagihan gula berdasarkan kawasan yang akan ditetapkan kemudian.

Mengenai bekalan gula tempatan, beliau berkata keputusan kerajaan untuk mewajibkan lesen kepada peruncit akan membantu kerajaan mengetahui jumlah bekalan gula yang diperlukan di negara ini.

Mengenai saranan Dr Mujahid Yusuf Rawa (PAS-Parit Buntar) supaya diwujudkan panel syariah bagi kegiatan syarikat jualan langsung, Ismail Sabri berkata kerajaan bersetuju mempertimbangkan cadangan untuk melantik pakar syariah bagi menganggotai Jawatankuasa Khas Memantau Syarikat Jualan Langsung.

Persidangan dewan disambung hari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan