Dua Pelajar Malaysia Diusir Dari Yaman Melanggar Syarat Permit

Diterbitkan: Rabu, 9 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua penuntut Malaysia telah diusir dari Yaman minggu lalu kerana didakwa cuba keluar daripada ibu kota Sanna untuk ke sebuah kampung berdekatan tanpa permit.

Pelajar berkenaan yang merupakan pelajar baru tidak menyedari undang-undang Yaman yang menyatakan warga asing memerlukan permit untuk bergerak keluar dari ibu negaranya, Sanna.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan mengenai insiden tersebut tetapi menegaskan “Mereka yang ditahan itu tidak ada kaitan dengan al-Qaeda atau mana-mana kumpulan pengganas.”

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan berita agensi yang menyebut lebih 50 warga asing telah ditahan di negara itu baru-baru ini mempunyai kaitan dengan kumpulan al-Qaeda.

Sementara itu, Setiausaha III Kedutaan Malaysia di Yaman, Hamdan Abullah berkata, kedua-dua pelajar itu telah melawat sebuah kampung di luar bandar Sanna tanpa sebarang permit.

“Mereka masih baru di negara ini. Selepas tamat mengambil kursus Bahasa Arab mereka bercadang untuk melawat dan makan tengah hari di rumah rakan mereka di sebuah kampung di Sanna.

“Malangnya,mereka ditahan ketika dalam perjalanan pulang dari Sanna,” katanya.

Hamdan berkata, terdapat 280 pelajar Malaysia kini sedang menuntut di Sanna sementara 150 orang lagi di kawasan sekitar.

Beliau berkata, pihak kedutaan sentiasa memantau pergerakan pelajar Malaysia di Yaman dan mereka sudah pasti akan dapat mengenalpasti sekiranya ada di antaranya terlibat dengan kumpulan pengganas dan sebagainya.

Dalam pada itu, Presdien Persatuan Pelajar Malaysia di Yaman, Megat Firdaus Megat Basri berkata beliau menasihat semua pelajar baru supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran mereka.

“Sepanjang pengetahuan saya, tidak ada seorang pelajar Malaysia pun yang sedang belajar di sini terlibat dengan kumpulan pengganas.

“Dua pelajar yang ditahan adalah pelajar baru dan mereka mungkin tidak tahu mengenai undang-undang Yaman yang mengkehendaki mereka perlu mempunyai permit untuk keluar dari ibu kota ini,” katanya.

Megat Firdaus berkata, berkata pelajar yang mengambil kursus bahasa Arab di Yaman boleh memilih untuk melakukannya dalam tempoh tiga bulan, satu tahun atau kursus ijazah.

Sementara itu, seorang pegawai Wisma Putra berkata, pihaknya akan mengemaskini status dua pelajar Malaysia tersebut hari ini.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan