Biro Pengaduan Selesai Aduan Dalam Tempoh Lima Hari

Diterbitkan: Rabu, 9 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Biro Pengaduan Awam (BPA) akan menyelesaikan aduan yang diterima daripada orang ramai dalam tempoh lima hari bekerja berbanding lebih sebulan sebelum ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah.

Beliau berkata bagi mencapai sasaran itu, pegawai BPA akan segera memanggil pengadu dan wakil jabatan atau agensi kerajaan berkaitan untuk proses penyelesaian.

"Terdapat di kalangan jabatan dan agensi kerajaan yang mengambil tempoh terlalu lama untuk menyelesaikan sesuatu aduan dan ini menyebabkan masyarakat tidak berpuas hati.

"Oleh itu mereka mendapatkan bantuan BPA," katanya kepada pemberita selepas melawat pejabat BPA Melaka hari ini.

Murugiah berkata orang ramai boleh membuat aduan dengan pelbagai cara seperti datang ke pejabat BPA berdekatan, melalui telefon dan menghantar e-mel.

Beliau berkata sejak Januari lalu hingga semalam, BPA menerima 4,338 aduan yang berasas yang melibatkan kementerian dan negeri di mana kira-kira 85 peratus daripada jumlah aduan itu berjaya diselesaikan.

Katanya BPA akan memperkenalkan mekanisme baru dari semasa ke semasa dalam menggalakkan lebih ramai membuat pengaduan dan mempercepatkan lagi proses penyelesaian. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan