RTM Cari Program Terbaik Untuk Tingkatkan Rating - Ketua Pengarah Penyiaran

Diterbitkan: Selasa, 8 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) merancang untuk mencari program terbaik bagi ditayangkan di siarannya terutama di TV2 dalam usaha meningkatkan lagi ratingnya, kata Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Ibrahim Yahaya.

Beliau berkata RTM akan memastikan program yang akan ditayangkan nanti bukan sahaja bermutu tinggi tetapi juga mneyampaikan mesej tertentu untuk mempereratkan lagi hubungan antara kaum.

"Ia juga bagi memastikan gagasan 1Malaysia dapat diteruskan walaupun dalam bentuk drama ataupun dokumentari. Oleh itu saya meminta para pengeluar drama teruslah memikirkan usaha bagaimana mesej kerajaan akan dapat terus sampai kepada penonton dan para pendengar.

"Ini bagi memastikan apa yang diharapkan kerajaan terutama dalam memastikan rakyat menghayati gagasan 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Kuiz Mega National Geographic, di Bukit Kiara Country Resort.

Turut hadir itu Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Kamaruddin Siaraf.

Seramai enam pemenang memenangi hadiah utama dan mendapat wang tunai masing-masing berjumlah RM5,000.

Mereka ialah Khairi Sibirin Hood dari Ampang, Nur Amalina Mohd Amin (Bandar Baru Nilai), Azman Idris (Kluang) ,Suriani Kamnoh (Batu Pahat), Muhammad Faizul Amri Mohd Noor (Triang, Pahang) dan Awang Mohd Azlan Ahlee (Sarawak). - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan