Perkhidmatan KTM Komuter Kembali Pulih

Diterbitkan: Selasa, 8 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM Berhad) yang tergendala akibat tren kargo tergelicir di antara stesen Kuala Lumpur dan Bank Negara Ahad lepas kembali pulih pada pukul 3.30 petang ini.

KTMB dalam satu kenyataan berkata semua laluan perkhidmatan KTM Komuter kembali beroperasi seperti biasa, namun begitu perkhidmatan di semua laluan dijangka mengalami kelewatan kira-kira 30 minit dari jadual asal.

"Kelewatan itu ekoran daripada kerja-kerja baik pulih yang masih dijalankan di laluan Kuala Lumpur-Bank Negara," kata kenyataan itu.

KTM Berhad memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul akibat insiden ini dan akan memaklumkan dari semasa ke semasa berkaitan status terkini perkhidmatan KTM Komuter untuk makluman para pengguna.

Orang ramai boleh menghubungi talian khidmat pelanggan KTM Berhad di 1-300-88-5682 untuk sebarang pertanyaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan