Perkhidmatan Komuter Masih Terganggu

Diterbitkan: Selasa, 8 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang tergendala akibat tren kargo tergelincir di antara stesen Kuala Lumpur dan Bank Negara Ahad lepas masih berhadapan beberapa gangguan perkhidmatan hari ini.

KTMB dalam satu kenyataan berkata sehubungan itu perkhidmatan tren Rawang-Seremban terpaksa ditamatkan di Stesen Kepong dan penumpang akan meneruskan perjalanan dengan menggunakan tren shuttle ke Salak Selatan sebelum kembali menggunakan perkhidmatan komuter untuk ke Seremban.

"Semua laluan yang menggunakan Stesen Sentul terpaksa dihentikan sementara untuk kerja-kerja baik pulih," kata kenyataan itu.

Manakala bagi perkhidmatan tren laluan Pelabuhan Klang-Sentul ditamatkan di Stesen Angkasapuri dan pengguna yang ingin ke mana-mana stesen di laluan Pelabuhan Klang perlu menaiki tren di Stesen Angkasapuri.

Selain perkhidmatan komuter, KTMB berkata perkhidmatan KTM Intercity iaitu Shuttle Kuala Lumpur-Ipoh-Kuala Lumpur turut akan mengalami kelewatan.

Sebanyak tiga daripada lima buah kontena yang tergelincir ketika dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Ipoh telah diangkat dan dialihkan malam tadi.

Dua buah kontena lagi pula akan dialihkan lewat malam ini untuk mengelakkan gangguan tren-tren yang beroperasi di laluan tersebut.

"Kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan termasuk pada peralatan talian atas elektrifikasi yang rosak, untuk itu laluan terpaksa ditutup sementara iaitu dari jam 11 pagi sehingga masa yang akan dimaklumkan kemudian," kata KTMB.

Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan KTMB boleh dihubungi di talian khidmat pelanggan 1-300-88-5682. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan