Pembelajaran Sepanjang Hayat Perlu Diarusperdanakan - Khaled Nordin

Diterbitkan: Selasa, 8 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin berkata Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) perlu diarusperdanakan di negara ini dalam usaha melahirkan masyarakat berilmu dan berkemahiran tinggi.

Beliau berkata proses PSH merupakan antara pendekatan yang mampu memberi nilai tambah kepada masyarakat khususnya para pekerja yang juga penyumbang kritikal kepada produktiviti dan pembangunan negara.

"Kita berada dalam zaman pengetahuan dan maklumat, justeru kita perlu terjemahkannya sama ada benar atau tidak kita sebuah negara berpengetahuan maka kadar masyarakat berpengetahuan itu perlu tinggi.

"Segala kemajuan dan pertumbuhan ekonomi bergantung kepada penguasaan pengetahuan yang ada pada masyarakat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Pusat Pembelajaran Shah Alam Open University Malaysia (OUM) di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata sehingga kini terdapat 90,000 enrolmen pelajar yang mengambil bahagian dalam PSH di 12 institisi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini seperti OUM, Universiti Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi Mara dan Universiti Teknologi Malaysia. Beliau berkata kerajaan turut menitikberatkan pendidikan tidak formal selain pendidikan secara formal dan di situlah relevannya PSH yang merupakan salah satu daripada tujuh teras Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).

Sehubungan itu, katanya bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan PSH dapat dilaksanakan dengan sempurna kementerian telah melantik Presiden/Naib Canselor OUM Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Ali untuk mempengerusikan satu jawatankuasa khas bagi menyediakan 'blue print' pembudayaan PSH.

Mohamed Khaled berkata 'blue print' itu diharap akan menjadi rujukan kepada semua pihak dalam menjayakan usaha membudayakan PSH di kalangan masyarakat.

Terdahulu, dalam ucapannya beliau berkata menerusi teras pembudayaan PSH, kementerian telah menggariskan empat pelan tindakan bertujuan mengarusperdanakan PSH iaitu meningkatkan mekanisme dan prasarana PSH, memperkemaskan kerangka pengiktirafan PSH, mempertingkatkan usaha promosi dalam menggalakkan orang awam menyertai PSH dan menyediakan pembiayaan secukupnya untuk menyokong program pembudayaan PSH. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan