Pasar Raya dan Kedai Di Seremban Kehabisan Gula

Diterbitkan: Selasa, 8 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Beberapa pasar raya dan kedai runcit di Seremban berhadapan dengan masalah kekurangan gula sejak beberapa minggu lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam Negeri Datuk Hashim Rushdi berkata antara puncanya ialah pembelian berlebihan oleh pengguna yang khuatir kononnya harga gula akan naik dan sikap peniaga yang menyembunyikan bahan itu.

"Pengguna panik apabila ada khabar angin seperti ini. Kalau kebiasaannya mereka beli gula secara purata dua kilo sebulan, kali ini mereka beli empat kilo sedangkan pengeluaran gula di empat kilang tempatan di Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Selangor adalah mencukupi," katanya kepada Bernama.

Beliau juga berkata ada kemungkinan pemborong menyembunyikan bekalan gula kerana spekulasi kononnya harganya akan naik bulan ini.

Tinjauan Bernama di beberapa pasar raya dan kedai runcit di bandar ini mendapati gula tidak dijual.

Seorang kakitangan The Store, Mohammad Nur, 26, berkata pasar raya itu sudah tidak mempunyai bekalan gula sejak beberapi hari lepas dan beliau diberitahu oleh majikannya bahawa stok gula mereka sudah habis.

"Dalam satu minggu ini, lebih 100 orang sudah datang untuk membeli gula tetapi mereka balik dengan tangan kosong kerana gula tidak ada. Ini menyebabkan barangan lain seperti susu pekat mendapat permintaan tinggi," katanya.

Suri rumah A. Lakhsmi, 36, dari Kemayan Jaya, berkata beliau sudah tiga minggu mencari gula tetapi tidak dapat.

"Saya sekarang guna gula melaka dan susu pekat sebagai pemanis makanan dan minuman," katanya.

Zaini Mohd Jailani, pengusaha Restoran Makanan Cina Muslim Sifu Al Ifra di Taman Seri Rahang, berkata, beliau masih boleh mendapatkan bekalan gula dari pemborong di sekitar bandar Seremban tetapi dengan jumlah yang terhad.

"Biasanya saya memesan 10 kilogram gula tetapi pemborong hanya akan mengeluarkan empat kilo sahaja. Jadi saya terpaksa pergi ke pasar besar Seremban lain untuk mendapatkan bekalan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan