Muhyiddin Yakin 18 Sukarelawan Sedia Beri Keterangan Di ICC Jika Perlu

Diterbitkan: Selasa, 8 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin 18 sukarelawan negara yang melalui pengalaman perit menyaksikan sendiri kekejaman regim Israel di Gaza baru-baru ini akan bersedia memberikan keterangan untuk membawa pimpinan rejim itu dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

"Sekiranya ada keperluan bagi tujuan itu, saya yakin mereka bersedia untuk memberi keterangan bagi membuktikan jenayah yang berlaku," katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan enam sukarelawan Malaysia yang berada di atas kapal MV Rachel Corrie yang disekat Israel bagi misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza Sabtu lalu, di Lapangan Terbang Antarabangsa KL, di sini semalam.

Beliau berkata keputusan untuk memberi keterangan itu sendiri adalah sebahagian daripada perjuangan para sukarelawan itu.

Ahad lepas, 12 sukarelawan Malaysia yang ditahan selepas tentera Israel menawan kapal Mavi Marmara yang dalam misi menghantar bantuan ke Gaza, selamat kembali ke tanah air.

Petang semalam, semasa menggulung perbahasan usul mengecam sekeras kerasnya tindakan tentera Israel itu Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia akan berusaha bersama-sama dengan negara-negara sependapat untuk mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan satu resolusi mengutuk tindakan ganas Israel dan membawa pimpinan rejim Israel dihadapkan ke ICC.

Menurutnya jika gagal diambil tindakan, Malaysia akan bekerjasama dengan negara-negara sependapat bagi mendesak supaya satu persidangan sesi khas tergempar perhimpunan agung PBB diadakan bagi mendapatkan nasihat undang-undang daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung tindakan yang dilakukan Israel di kawasan perairan antarabangsa itu.

Persidangan Dewan Rakyat semalam sebulat suara meluluskan usul mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel menyerang kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza mengakibatkan sembilan aktivis terkorban dan 12 rakyat Malaysia ditahan pada 31 Mei lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan