Lesen Judi: GMJ Terus Pertingkat Tekanan

Diterbitkan: Selasa, 8 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) akan mempertingkatkan usaha mendesak kerajaan memansuhkan lesen judi ekoran pendirian terbaru Kementerian Kewangan yang mengatakan proses pelesenan masih dalam peringkat pertimbangan termasuk mahu menjana maklum balas rakyat.

Menurut Setiausaha GMJ, Suhaizan Kaiat kumpulan berkenaan akan mengadakan satu perhimpunan pada 3 Julai ini bagi membantah pemberian lesen judi kepada Kumpulan Berjaya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS berkata, respon daripada rakyat telah memberi isyarat yang jelas bahawa rakyat tidak bersetuju dengan kelulusan lesen judi sukan yang telah lama diluluskan oleh pihak kerajaan.

Oleh itu kata beliau, kerajaan bukan sahaja perlu membatalkan hasrat untuk memberi lesen kepada Ascot Sports Sdn Bhd, malah wajib membatalkan lesen judi sukan sepenuhnya.

"Sebenarnya tekanan rakyat ini telah berjaya menghalang pihak kerajaan memberi kebenaran kepada syarikat Ascot menjalankan operasi judi sukan semasa kejohanan bola sepak piala dunia yang akan berlansung Jumaat ini.

"Ini merupakan kejayaan 50 peratus rakyat Malaysia untuk memansuhkan judi sukan. Tahniah rakyat Malaysia... Rakyat Malaysia perlu melaksanakan baki 50 peratus lagi usaha mendesak pihak kerajaan memansuhkan judi sukan yang telah lama diluluskan melalui Himpunan 100,000 pada 3 Julai ini," katanya dalam satu kenyatan yang dikeluarkan hari ini.

Beliau berkata, tekanan perlu dipertingkatkan bagi memastikan ‘pecutan terakhir ini’ berjaya memansuhkan judi sukan yang boleh membawa kesan buruk khususnya kepada anak-anak muda di negara ini.

Sehubungan itu kata beliau, GMJ bersedia pada bila-bila masa menyahut seruan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk memberikan pandangan kepada pihak kerajaan bagi membanteras perjudian tanpa lesen yang berleluasa di negara ini.

“Walau bagaimanapun bukanlah pendekatan yang bijak bagi sebuah kerajaan yang kononya sebuah negara Islam meluluskan judi sukan yang bertentangan dengan semua agama di dunia ini,” katanya.

Semalam, Kementerian Kewangan dilaporkan berkata kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung berkata, kerajaan belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat dan terima pelesenan dengan syarikat terbabit bagi menjalankan operasi pertaruhan di negara ini.

Menurut Chee Heung, kerajaan sedang mendapatkan maklum balas dan pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di negara ini.

“Walau bagaimanapun menurut Timbalan Menteri Kewangan, lesen itu bukanlah lesen baru yang dikeluarkan kerajaan tetapi diberi semula kepada syarikat berkenaan.

“Secara ringkasnya telah memberi maksud bahawa lesen judi sukan sememangnya telah lama diluluskan tetapi masih dalam perbincangan untuk menganugerahkan kepada syarikat Ascot,” katanya. “Kerajaan sedang menunggu maklum balas daripada pelbagai pihak sebelum menganugerahkan kepada syarikat terbabit,” katanya. Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Bagaimanapun, perkara itu mendapat bantahan daripada beberapa pihak termasuk PAS, Umno dan beberapa NGO yang lain.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan