Kerajaan Timbang Alternatif Selain Skim Gaji Minimum

Diterbitkan: Selasa, 8 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia menimbangkan pilihan lain jika cadangan mewujudkan skim gaji minimum nasional kurang sesuai, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata tujuan utama kerajaan ialah bagi memastikan struktur gaji yang berpatutan atau munasabah untuk pekerja rakyat Malaysia.

"Saya bersetuju bahawa gaji (yang dibayar kepada pekerja rakyat Malaysia)adalah rendah. Sama ada ia merupakan skim gaji minimum atau model lain, kami sedang mengusahakan satu struktur gaji yang berpatutan," katanya ketika ditanya tindakan kerajaan dalam menangani isu gaji rendah di kalangan pekerja tempatan.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan temasya sukan pengurusan anjuran Institut Pengurusan Malaysia di sini, Subramaniam berkata kementerian itu masih menimbangkan cadangan skim gaji minimum nasional.

Beliau berkata maklum balas daripada pihak berkaitan termasuk kesatuan sekerja dan persekutuan majikan serta orang ramai masih dijalankan, terutama menerusi blog kementerian itu.

Subramaniam berkata kerajaan juga akan menggunapakai kaedah lain termasuk melatih semula hampir 65 peratus tenaga kerja tempatan yang hanya memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia.

"Kita akan meningkatkan kemahiran mereka menerusi latihan supaya gaji mereka dapat dinaikkan selaras dengan peningkatan produktiviti," katanya.

Beliau berkata mengikut standard antarabangsa, Malaysia hampir mencapai kadar guna tenaga penuh berdasarkan jumlah pengangguran yang kini antara 3.4 dan 3.5 peratus, atau kira-kira 350,000 hingga 400,000 orang.

Mengenai kenaikan gaji pengawal keselamatan, beliau berkata tiada perubahan dalam keputusan kerajaan untuk menaikkan gaji mereka lebih 70 peratus.

Bagaimanapun, kementerian masih mengkaji cadangan pelbagai kesatuan mewakili pengawal keselamatan yang memohon supaya tarikh pelaksanaan struktur gaji baru itu ditangguh.

Pada 22 April lepas, Subramaniam mengumumkan struktur gaji baru bagi pengawal keselamatan akan dilaksanakan pada 1 Julai ini. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan