Keluarga Lega Sukarelawan Yang Dibebaskan Israel Selamat Tiba

Diterbitkan: Selasa, 8 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KASIH IBU DAN AYAH...Jurugambar TV3 Mohd Jufri Judin (tengah) yang menyertai misi bantuan kemanusiaan ke gaza dipeluk ibu dan ayahnya Supiah Ahmad (kiri) dan Mohd Judin Hassan (kanan) sebaik selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam semalam. - Foto BERNAMA
KASIH IBU DAN AYAH...Jurugambar TV3 Mohd Jufri Judin (tengah) yang menyertai misi bantuan kemanusiaan ke gaza dipeluk ibu dan ayahnya Supiah Ahmad (kiri) dan Mohd Judin Hassan (kanan) sebaik selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam semalam. - Foto BERNAMA

SEPANG: Rata-rata kaum keluarga dan rakan-rakan yang menyambut ketibaan enam sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan ke Gaza memanjatkan rasa syukur dan lega apabila mereka berjaya menjejakkan kaki semula ke tanahair hari ini dengan selamat.

Isteri Ahmad Faizal Azumu yang merupakan salah seorang sukarelawan Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Nomee Asyikin Mohd Radzi berkata, walaupun pada mulanya beliau redha dan membenarkan suami mengikuti misi tersebut, namun hatinya mula berasa tidak tenteram setelah mendapat tahu kejadian malang yang menimpa kapal Mavi Marmara.

Beliau yang bertugas sebagai doktor di Institut Jantung Negara (IJN) berkata beliau semakin risau apabila mendapat tahu kapal yang dinaiki suaminya turut ditahan tentera Israel.

"Syukur dan lega akhirnya kerana dapat melihat suami yang selama ini tidak tahu bagaimana keadaannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa menyambut kepulangan enam sukarelawan itu, di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Sementara itu ibu mertua kepada anggota Parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria, Datin Yan Hanafi berkata beliau bersyukur kerana kerisauan yang selama ini menggunung terhadap keselamatan menantunya itu kini berakhir.

"Isterinya sebelum ini begitu bimbangkan keadaanya kerana kami disini tidak tahu dengan jelas kejadian yang menimpa. Kepulangan dia hari ini ternyata beri kelegaan kepada semua anggota keluarga yang selama ini bimbangkannya," katanya.

Ibu kepada jurugambar TV3 yang turut mengikuti misi itu Mohd Jufri Judin, Supiah Ahmad pula berkata beliau selalu menonton televisyen untuk mengikuti perkembangan terkini tentang anaknya itu, dan sentiasa berdoa agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

"Syukur alhamdulillah dengan kepulangannya dengan selamat di tanah air kerana saya sering susah hati memikirkan keadaan dia yang entah bagaimana," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan