Sukhoi Kini Diselenggara Oleh Airod, Kos Turun 50 Peratus

Diterbitkan: Isnin, 7 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kontrak penyelenggaraan dan membaik pulih jet pejuang Sukhoi SU-30MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia yang sebelum ini ditawarkan kepada agen atau "orang tengah" di Malaysia serta Rusia telah dihentikan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kerja penyelenggaraan dan membaik pulih pesawat buatan Rusia itu kini akan dikendalikan oleh syarikat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih tempatan, Airod Sdn Bhd.

"Dengan langkah-langkah yang kami lakukan, kos menyelenggara dan membaik pulih alat ganti dikurangkan ke tahap 50 peratus," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Crecom Burj Resources Limited dan IRKUT Corporation di sini hari ini.

Pada persidangan Parlimen Mac lepas, Ahmad Zahid berkata bahawa kos penyelenggaraan Sukhoi adalah RM220 juta setahun.

Beliau berkata sebanyak 15 pesawat Sukhoi telah diperoleh dalam inventori pertahanan negara manakala perolehan tiga lagi pesawat akan dilakukan dalam masa terdekat.

Ahmad Zahid berkata tempoh jaminan bagi 15 pesawat Sukhoi akan dilanjutkan sehingga baki pesawat itu diperoleh. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan