Sukarelawan Malaysia Cadang Bukukan Pengalaman Misi Gaza

Diterbitkan: Isnin, 7 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Sukarelawan Malaysia ke Gaza yang menaiki kapal "Mavi Marmara" bercadang menghasilkan buku mengenai pengalaman mereka sepanjang perjalanan dan semasa ditahan tentera Israel.

Seorang daripada mereka, Alhami Hussain Suhaimi, 50, dari Bayan Lepas di sini, berkata mereka berharap dapat menceritakan detik pahit manis sepanjang perjalanan untuk dikongsi dengan semua rakyat Malaysia.

"Pada permulaan perjalanan lagi kami telah bercadang untuk menghasilkan buku. Selepas kapal kami ditawan oleh Israel, semangat untuk membukukan pengalaman itu semakin berkobar- kobar.

"Kami hendak berkongsi dengan semua orang terutama rakyat Malaysia apa yang berlaku terutama semasa di atas "Mavi Marmara" dan dalam tahanan Israel," katanya kepada pemberita selepas disambut oleh 100 orang di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di sini setibanya dari Kuala Lumpur hari ini.

Pada 5.40 pagi semalam, beliau dan 11 sukarelawan yang lain termasuk dua petugas stesen televisyen tempatan, Astro Awani, selamat pulang ke tanah air setelah ditahan oleh tentera Israel yang menyerang kapal berkenaan pada Isnin lepas. Mereka dibebaskan oleh Israel pada Rabu.

Alhami, anggota exco badan bukan kerajaan Himpunan Lepasan Institut Pengajian Tinggi (HALUAN) dan bertugas di bahagian agama Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, berkata buku itu akan diterbitkan secepat mungkin.

Beliau berkata pengalaman ditahan tentera Israel tidak melemahkan semangatnya dan sentiasa bersedia untuk menyertai konvoi misi bantuan kemanusia lagi.

"Saya tidak menganggap pengalaman itu adalah pahit malah ia sesuatu yang manis dan pasti tidak akan dilupakan sampai bila-bila," katanya.

Beliau bersyukur dapat pulang ke kampung halaman dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang banyak membantu mmembebaskan mereka.

Ditanya mengenai perancangannya selepas ini, Alhami berkata buat masa ini beliau hanya ingin meluangkan masa bersama-sama isteri Rahimah Abdullah, 41, dan keluarganya.

Ibu beliau, Mahfudzoh Mt Isa,68, berkata bahawa semasa mengetahui kapal yang membawa Alhami ditawan tentera Israel, beliau sentiasa berdoa agar anaknya itu selamat.

"Mak cik sangat berharap Alhami pulang dengan selamat dan setiap hari kami melakukan solat hajat agar dia dan rakan-rakannya dibebaskan segera," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan