Peniaga Mahu Henti Jualan Barangan Kawalan 15 Jun

Diterbitkan: Isnin, 7 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia mahu menghentikan perniagaan penjualan tiga barang kawalan iaitu gula, minyak masak dan tepung gandum berkuat kuasa 15 Jun ini.

Keputusan itu dinyatakan oleh persekutuan itu semasa sesi dialog dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di Wisma MCA hari ini.

Dr Chua pada sidang akhbar kemudian berkata persekutuan itu menjelaskan bahawa keputusan mereka bukannya sebagai membantah pelaksanaan lesen barang kawalan oleh kerajaan tetapi kerana keuntungan yang tidak setimpal.

"Pada masa ini, keuntungan penjualan tepung gandum, gula dan minyak masak yang diperolehi oleh peruncit amatlah sedikit ditambah lagi dengan barang kawalan ini perlu memohon lesen dan mengakibatkan pendapatan peruncit terjejas.

"Keuntungan setiap satu kilogram gula yang diterima oleh peruncit adalah tiga sen, 20 sen bagi setiap lima kilogram minyak masak manakala tiga sen bagi setiap kilogram tepung gandum," katanya.

Turut hadir ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai, Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia, Lean Hing Chuan dan penasihat persekutuan Yeo Chee Soong.

Dr hua berkata beliau difahamkan bahawa setiap kedai mempunyai sembilan hingga 11 lesen yang perlu dipohon antaranya lesen premis, lesen beras, lesen gas, lesen timbang, lesen papan tanda, lesen peralatan kebakaran dan lesen kawalan barangan sempena hari sambutan.

"Kami terkejut dengan beban peruncit kerana mereka perlu memohon dan membayar lesen RM1,107 setiap tahun," katanya.

Bagaimanapun Dr Chua merayu kepada persatuan ini agar memberi pertimbangan semula keputusan mereka kerana beliau yakin kerajaan akan mengkaji semula pelaksanaan lesen itu.

"(Timbalan presiden) Liow akan membangkitkan isu ini pada mesyuarat Jemaah Menteri pada akan datang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan