Penggiat Seni Diminta Buktikan Makyong Tiada Unsur Khurafat

Diterbitkan: Isnin, 7 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan untuk membenarkan persembahan makyong diadakan secara terbuka sekiranya tokoh budaya dan seni mampu membuktikan persembahan kesenian itu tiada unsur khurafat yang bercanggah dengan hukum Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata beliau pernah meminta tokoh budaya dan seni agar memberikan input bahawa kandungan seni seperti menora, main puteri dan makyong tidak bercanggah dengan hukum Islam.

"Kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk bersikap adil kepada penggiat seni di negeri ini dan keputusan larangan persembahan kesenian tersebut sebelum ini tidak dibuat sewenang-wenangnya sebaliknya ia berdasarkan fatwa yang dikeluarkan yang menyatakan persembahan itu didapati mengandungi unsur yang bercanggah dengan Islam," kata beliau.

"Sebagai contoh persembahan yang ada jampi, kalau boleh dibuktikan bahawa ia bukan satu pemujaan dan satu benda yang tidak bercanggah, kita boleh pertimbang balik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya kerajaan negeri bersedia mengadakan perbincangan dan mendengar hujah daripada tokoh budaya berhubung perkara itu. "Secara peribadi saya pun tidak faham apa maksud jampi serapah itu, bagaimanapun saya cuba mengambil contoh orang main bola, kena pemanasan dulu, boleh jadi, apa yang dianggap jampi itu adalah sebagai pemanasan (dalam persembahan makyong) untuk hilangkan gemuruh sebelum membuat persembahan," kata Takiyuddin.

Kerajaan negeri sentiasa bersikap adil dalam memastikan seni itu kekal apa lagi seni makyong yang sememangnya sudah lama wujud dan bertapak di negeri ini, tetapi jangan ada elemennya yang bercanggah dengan hukum Allah tegasnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan beberapa penggiat makyong Kelantan semalam yang meminta kerajaan negeri mengkaji semula larangan persembahan kesenian tersebut yang terkandung dalam Enakmen Hiburan dan Kawalan Tempat-tempat Hiburan 1998 Kelantan.

Larangan itu termaktub dalam Enakmen Hiburan dan Kawalan Tempat-tempat Hiburan 1998 Kelantan yang turut meliputi persembahan menora, wayang kulit tradisional, main puteri, tinju siam dan melaga haiwan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan