Pandu Puteri Mampu Main Peranan Penting Dalam Negara, Kata Rosmah

Diterbitkan: Isnin, 7 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pergerakan Pandu Puteri mampu memainkan peranan penting dalam negara berdasarkan kepada penglibatan aktif mereka membantu meningkatkan taraf kaum wanita di Malaysia.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata pelbagai ilmu dari segenap aspek yang dipelajari dalam pergerakan itu sangat bermanfaat dalam membantu kaum wanita meningkatkan taraf hidup masing-masing.

Beliau berkata pergerakan Pandu Puteri bukan sekadar aktiviti beruniform tetapi merupakan medan untuk kaum wanita melatih diri mereka agar taat setia, berdikari, berdisiplin dan berilmu.

"Ilmu yang dipelajari khususnya dalam aspek perancangan strategik diyakini mampu membantu semua anggota merencanakan program dan aktiviti peringkat daerah atau cawangan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis makan malam Persatuan Pandu Puteri Malaysia, di Sri Perdana di sini hari ini yang diadakan sempena Persidangan Pesuruhjaya dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Rosmah berkata persidangan yang bermula hari ini berjaya mengupas pelbagai isu yang relevan dan terperinci mengenai permasalahan kaum wanita dalam negara, dan menurutnya beliau difahamkan tajuk-tajuk yang dibentangkan pada persidangan itu amat menarik.

Persidangan selama satu setengah hari itu akan diakhiri dengan mesyuarat agung tahunan persatuan itu esok. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan