Muktamar PAS Ke-56 Di Kelantan Rabu Ini

Diterbitkan: Isnin, 7 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Muktamar Agung PAS kali ke-56 di Kelantan akan menyaksikan majlis perasmian persidangan Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama dilakukan serentak di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa.

Majlis perasmiannya pada Rabu ini akan disempurnakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Muktamar akan berlangsung selama empat hari mulai Rabu.

Pengarah muktamar, Datuk Takiyuddin Hassan berkata perubahan yang julung kali diadakan dalam sejarah muktamar parti itu ialah sebagai mengambil kira kepentingan ketiga-tiga sayap tersebut untuk mendapat maklumat dan arahan yang sama secara serentak.

"Ini adalah satu perubahan baru, kerana daripada dahulu hingga tahun lepas, dewan-dewan adakan majlis perasmian masing-masing, tetapi mulai tahun ini mungkin kita akan ubah, jadikan perasmian secara serentak.

"Sesuai dengan peranan mereka (dewan) sebagai sayap parti, mereka wajib untuk mendapat amanat, maklumat dan arahan dari tokoh yang sama secara serentak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Setiausaha Agung Pas berkata mesyuarat ketiga-tiga dewan itu seterusnya akan berlangsung pada Khamis iaitu di Kelantan Trade Centre bagi Dewan Pemuda, Perdana Resort di Pantai Cahaya Bulan bagi Dewan Musulimat dan Markas PAS di Macang bagi Dewan Ulama.

Bagi perasmian tahunan PAS Pusat pula akan diadakan pada Jumaat di Putik, katanya.

"Antara program sampingan lain yang akan diadakan ialah ialah pada Rabu malam iaitu persembahan nasyid dan dikir barat, pada Khamis malam akan berlangsung ceramah oleh Datuk Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Nasiruddin Daud dan bekas Speaker DUN Perak, V. Sivakumar.

"Pada Jumaat pula, akan diadakan persembahan kebudayaan Islam dan serantau yang akan disertai seniman terkenal dari seluruh negara antaranya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said sementara pada Sabtu pula akan diadakan ceramah perdana yang bertemakan Palestin yang akan disertai oleh Datuk Nik Aziz, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, wakil dari Hamas, wakil dari Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Indonesia dan wakil dari Maldives," kata Takiyuddin.

Kesemua program berkenaan akan berlangsung di Putik.

Beliau berkata muktamar kali ini dijangka akan menyaksikan usul tergempar berhubung sokongan PAS kepada Palestin.

"Kita akan bersama-sama dengan gerakan Islam yang lain untuk sokong pergerakan rakyat Palestin yang ditindas Israel," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan