Malaysia Rayu Masyarakat Antarabangsa Tidak Gentar Ancaman Zionis

Diterbitkan: Isnin, 7 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa supaya terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza tanpa menghirau dan gentar terhadap ancaman rejim Israel.

Ketika membentangkan usul khas di Dewan Rakyat bagi mengutuk kekejaman Israel, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut membidas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang disifatkan bersikap berat sebelah apabila melibatkan rejim itu.

Usul yang mengandungi 15 ketetapan itu mahukan agar Majlis Keselamatan mencela serangan tentera rejim zionis Israel di bawah pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang menyerang konvoi bantuan kemanusiaan Freedom Flotilla di kawasan perairan antarabangsa pada 31 Mei lepas.

"Malaysia merakamkan rasa kecewa tidak terhingga dengan tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di atas kenyataan yang begitu lemah terhadap serangan ganas rejim zionis ke atas kapal misi bantuan tersebut.

"Malaysia memutuskan untuk mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mencela Israel dan bukannya membuat kenyataan lemah semata-mata," kata Najib.

Usul itu kemudian disokong Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sambil menyokong diadakan siasatan bebas dan berakauntabiliti dilakukan terhadap serangan itu, Malaysia menggesa negara-negara dunia sepakat membawa usul kepada Majlis Keselamatan PBB bagi merujuk serangan tentera Israel ke atas kapal Turki "Mavi Marmara" ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Selain itu, ia juga mencadangkan usul kepada perhimpunan PBB bagi mendapatkan Pandangan Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai kejadian itu. Sambil menyifatkan Israel sebagai "samseng dunia", Najib berkata, perbuatan "beraja di mata dan beraja di hati" itu berlaku kerana Israel berasa mereka dilindungi satu-satunya kuasa besar dunia.

Sehubungan itu katanya, Malaysia ingin mendesak Amerika Syarikat untuk tampil tanpa sebarang dolak-dalik menunaikan tanggungjawab moral dalam memastikan rejim tersebut mematuhi tata kelakuan negara bangsa yang bertanggungjawab dan bertamadun.

"Selagi sokongan Amerika Syarikat kepada rejim zionis Israel bersifat menyeluruh bukannya bersyarat kepada pematuhan nilai-nilai kemanusiaan yang universal, selagi itulah keangkuhan rejim ini tidak akan ada kesudahannya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan