Malaysia Perlu Tawar Aspek Seni Dan Kebudayaan - Muhyiddin

Diterbitkan: Isnin, 7 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Untuk menjadi negara maju yang sebenarnya, Malaysia perlu menawarkan karya seni dan kebudayaan yang diingini oleh kebanyakan rakyat negara ini dan tetamu luar, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata ia bukan sahaja merupakan tanggungjawab kerajaan tetapi juga setiap badan korporat tempatan menerusi inisiatif sektor swasta.

"Pengembara global hari ini tidak melihat kepada destinasi tetapi pengalaman dan tawaran pelancongan seni yang konkrit yang boleh meningkatkan lagi tarikan global kita dan mengekalkan tawaran pelancongan kita yang segar, baru dan menarik," katanya semasa melancarkan buku "Malaysian Contemporary Art: The Aliya and Farouk Khan Collection Book" sempena festival pelancongan seni kontemporari Malaysia di pusat membeli-belah Bangsar di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Pengerusi Bandar Raya Developments Berhad, Datuk Mohamed Moiz.

Buku setebal 932 muka surat itu memaparkan kira-kira 900 imej hasil seni terbaik termasuk ukiran nukilan 85 pengkarya seni Malaysia.

Menurut Muhyiddin, Malaysia perlu membangunkan asas tersebut untuk menjadikan seni Malaysia sebagai produk ikon yang dicari-cari dan dikumpul di serata dunia.

"Pengkarya Malaysia berkedudukan kelas dunia dan hasil karya mereka adalah setaraf dengan hasil karya pengkarya seluruh dunia.

"Oleh itu, pengkarya kita memainkan peranan penting dalam meraikan kejayaan negara dan melahirkan pandangan masyarakat ketika negara bergerak di sepanjang landasannya," katanya.

Pada sidang media kemudiannya, Dr Ng berkata kementeriannya telah mengenal pasti seni sebagai produk pelancongan terbaru untuk diperkenalkan ke serata dunia dan berharap ia akan menarik pelancong untuk datang ke negara ini.

"Justeru, kementerian buat julung kali akan mengadakan sambutan pelancongan seni kontemporari, Festival Pelancongan Seni Kontemporari 1Malaysia (MCAT) yang terbesar yang akan dilancarkan bulan depan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Johor selama tiga bulan," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan