Lima Anggota Parlimen Bebas Tubuh Konsensus Bebas

Diterbitkan: Isnin, 7 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Konsensus Bebas, yang dianggotai lima anggota Parlimen Bebas, ditubuhkan hari ini sebagai platform rasmi anggotanya tanpa menyebelahi mana-mana pihak baik kerajaan atau pembangkang.

Mereka ialah anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Bharu), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai).

"Konsensus Bebas membentuk satu blok bebas di Parlimen yang efektif, bebas dan non-partisan selain menzahirkan pandangan serta tindakan politik secara bebas tanpa dibelenggu oleh kongkongan batasan politik kepartian dalam menyampaikan pendirian dan dasar-dasar politik sebagai anggota Parlimen Bebas.

"Konsensus Bebas yakin untuk berperanan secara berkesan menjalankan tanggungjawab sebagai anggota Parlimen walaupun tidak dinaungi oleh mana-mana parti politik," kata Zahrain yang mewakili empat anggota lain pada sidang media di lobi Parlimen di sini.

Beliau berkata untuk menjadi anggota Parlimen yang berkesan bukan terletak pada parti yang diwakili tetapi kepada kesungguhan dan kejujuran dalam berpolitik.

"Parti-parti politik hari ini dilihat lebih mementingkan agenda parti manakala pemimpin-pemimpin parti cenderung merebut kuasa sehingga rakyat menjadi mangsa kepada perebutan jawatan dan pangkat.

"Politik kepartian semakin tidak sihat, lebih memperlihatkan pergeseran politik kerana perebutan kuasa dan jawatan, dihodohkan lagi dengan budaya ampu-mengampu dalam parti, reformasi yang dituntut rakyat juga semakin terpesong," katanya.

Beliau berkata konsensus berkenaan akan memberi fokus kepada pembentukan dasar-dasar yang mengutamakan rakyat selain membawa isu-isu rakyat dan negara dengan lebih inovatif berteraskan semangat reformasi tulen dan jujur.

Ditanya sekiranya konsensus berkenaan akan turut dianggotai anggota Parlimen Bebas lain seperti anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, Zahrain berkata: "Kita belum bincang lagi dengan beliau (Ibrahim) tetapi kami mengalu-alukan semua anggota Bebas untuk menganggotai konsensus ini.

"Kami juga akan memaklumkan Parlimen mengenai penubuhan konsensus ini selain akan menubuhkan sekretariat dan laman web kami sendiri," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan