Lesen Belum dikeluarkan Kepada Ascot Sports - PM

Diterbitkan: Isnin, 7 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada Syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma pelesenan dengan syarikat tersebut bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia.

"Kerajaan masih mendapatkan maklum balas atau pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di Malaysia," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Tian Chua (PKR-Batu) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Tian Chua ingin tahu apakah asas keputusan kabinet menarik balik lesen judi pada tahun 2004 dan keputusan itu diubah tahun ini. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan