Kumpulan Kerja PBB Tahanan Arbitrari Lawat Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 7 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keterbukaan Malaysia menerima kunjungan delegasi Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Tahanan Arbitrari (WGAD) membuktikan Malaysia mematuhi hak asasi manusia selaras dengan amalan antarabangsa, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Bercakap kepada pemberita selepas bertemu delegasi WGAD yang diketuai El Hadji Maliek Sow dari Senegal di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini hari ini, beliau berkata kunjungan rombongan itu selama 12 hari bertujuan melihat sistem dan prosedur tahanan arbitrari Malaysia.

WGAD diberi mandat menyiasat aduan mengenai pencabulan hak asasi tahanan.

Delegasi empat orang itu akan melawat beberapa penjara, depot imigresen, pusat pemulihan dadah dan Pusat Tahanan Kamunting di Taiping, Perak. Hishammuddin berkatanya beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Zulkifli Omar untuk mengiringi dan membantu menerangkan prosedur perjalanan tahanan di negara ini sepanjang tempoh lawatan itu.

"Ketibaan mereka adalah tepat pada waktunya kerana input daripada lawatan itu boleh membantu kerajaan dalam mencari kaedah terbaik sebelum kerajaan meminda undang-undang tahanan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960," katanya.

Hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri yang baru Datuk Lee Chee Leong yang sebelum ini adalah Timbalan Menteri Luar. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan