Kesatuan Pekerja Dan Perkhidmatan Awam Sokong Kerajaan Kecam Kekejaman Israel

Diterbitkan: Isnin, 7 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kesatuan pekerja dan perkhidmatan awam di negara ini yang merangkumi keanggotaan 1.8 juta orang menyuarakan sokongan padu terhadap tindakan kerajaan mengecam serangan Israel ke atas flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Masing-masing menyambut baik usul yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini yang mengutuk serangan itu serta mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu agar merujuk Israel kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), G. Rajasegaran berkata Amerika Syarikat (AS) harus campur tangan dan memaksa Israel membenarkan bantuan kemanusiaan dihantar kepada penduduk Gaza.

"MTUC sangat kecewa dengan pentadbiran (Presiden AS Barack) Obama kerana tidak dapat mengawal Israel yang terkenal sebagai negara pengganas dunia.

"Amerika Syarikat sibuk mengawal Korea Utara dan Iran tetapi tidak mengendahkan Israel yang merupakan negara penyangak paling teruk di dunia," katanya kepada Bernama.

Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Kebangsaan, Datuk Zainal Rampak pula menyeru anggotanya agar memboikot barangan Amerika sebagai bantahan dan juga desakan kepada AS untuk mendisiplinkan Israel.

Sementara Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekreja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Ahmad Shah Mohd Zin pula menggesa masyarakat dunia agar segera mengenakan sekatan terhadap Israel dan AS bagi menghalang rejim Zionis daripada terus menyeksa rakyat Palestin.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa kerana Pertubuhan Persidangan Islam tidak mengambil pendirian tegas bagi menekan AS agar bertindak terhadap sekutunya itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan