Kerajaan Sedang Nilai Sistem Biometrik Untuk Pantau Kemasukan Rakyat Asing

Diterbitkan: Isnin, 7 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang menilai sistem biometrik yang digunakan di negara-negara luar bagi membantu mengurangkan kes pemalsuan identiti rakyat asing yang telah dihantar pulang, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata selain itu kerajaan akan turut menambahbaik sistem pengimbas cap jari dan melakukan transformasi terhadap peralatan canggih lain yang digunakan dalam memantau kemasukan rakyat asing, sesuai dengan peredaran masa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Tiong dalam soalannya ingin tahu apakah ketepatan alat pengimbas cap jari yang digunakan memandangkan kes pemalsuan identiti yang masih serius.

Terdahulu, Tiong turut meminta Hishammuddin menerangkan mekanisme kerajaan dalam memantau kemasukan rakyat asing ke negara ini dan berapakah jumlah rakyat asing yang telah dihantar pulang ke negara asal dan jumlah yang berjaya ditangkap semula sejak 2005.

Hishammuddin berkata Jabatan Imigresen Malaysia sentiasa melakukan proses tapisan awal melalui pengeluaran visa di kedutaan dan pejabat perwakilan Malaysia di luar negara bagi mengenalpasti sama ada rakyat asing berkenaan telah dimasukkan dalam senarai syak jabatan.

Beliau berkata sekiranya ada, visa tidak akan dikeluarkan untuk rakyat asing terbabit datang semula ke negara ini.

"Di samping itu, pelaksanaan autogate bagi kemasukan warganegara Malaysia telah dapat membantu dan memberi peluang kepada pegawai imigresen untuk menumpukan kepada pemeriksaan warga asing di kaunter," katanya.

Sementara itu, beliau berkata seramai 237,790 rakyat asing telah dihantar ke negara asal mereka bagi tahun 2005 hingga 2009.

Hishammuddin berkata dalam tempoh itu juga, seramai 263,686 rakyat asing ditangkap kerana melanggar Akta Imigresen 1959/63 atas pelbagai kesalahan.

"Seramai 28,079 rakyat asing telah ditangkap pada tahun 2005, 56,315 orang (2006), 58,882 orang (2007), 73,100 orang (2008) dan 47,310 orang (2009)," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan