"Israel Tolong Faham, Ini Bukan Konspirasi" - Nizar

Diterbitkan: Isnin, 7 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: “Wahai Israel, kunjungan kami bukan atas dasar konspirasi terhadap anda, tetapi demi bantuan kemanusiaan yang diamanahkan oleh rakyat Malaysia dan seluruh dunia.”

Demikian tegas Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria, salah seorang daripada enam sukarelawan yang ditahan oleh tentera Israel yang merampas kapal MV Rachel Corrie dalam misi bantuan kemanusiaan di Gaza.

“Mereka (Israel) menganggap kami melakukan konspirasi terhadap mereka berikutan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara itu.

“Malah, kami diberikan amaran mengenainya dan keadaan menjadi lebih buruk sekiranya kami enggan menurut perintah,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi.

Mohd Nizar turut berkongsi pengalaman bahawa mereka ditahan di penjara selama kira-kira 19 jam selepas kapal berkenaan dirampas dan ditunda ke Pelabuhan Ashdod.

Beliau mempersoalkan tindakan tentera rejim Israel yang menawan mereka sedangkan ketika itu kapal Rachel Corrie berada di perairan antarabangsa.

“Kami mahu ke Semenanjung Gaza bagi membawa misi bantuan kemanusiaan, bukannya mahu ke Israel untuk tujuan sebaliknya, apa-apa yang dianggap mereka.

“Tidakkah mereka sedar mengenai perkara itu,” katanya.

Katanya lagi, mereka diarahkan oleh pihak Israel untuk mengisi dan menandatangani satu borang untuk dibebaskan.

Bagaimanapun jelasnya, borang atau ‘perjanjian’ itu ditulis dalam bahasa Hewbrew (bahasa Israel) menyebabkan mereka enggan menandatanganinya kerana masing-masing tidak memahami bahasa tersebut.

“Kami tegas menolak kerana tidak faham satu pun isi kandungannya. Dikhuatiri kesannya akan menjadi lebih buruk sekiranya pihak Israel mempunyai tujuan yang tidak baik di sebaliknya (menerusi perjanjian),” ujarnya.

Namun, selepas mendapat penjelasan daripada dua diplomat dari kedutaan Thailand yang berada di situ, mereka menasihati untuk menandatangani satu perjanjian lain bagi pelepasan segera.

“Alhamdulillah, kami akhirnya dibebaskan dan tiba di sempadan Israel-Jordan dengan perjalanan mengambil masa tiga jam.

“Kami berterima kasih dengan bantuan Kedutaan Malaysia di Jordan yang membawa kami ke Amman di sini dan mereka membuat persiapan untuk membawa kami pulang ke tanah air,” tambahnya.

Selain Mohd Nizar, lima sukarelawan lain adalah anggota Pertubuhan Damai Perdana Global (PGPO), Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, serta wartawan TV3, Halim Mohamed dan jurukameranya, Mohd Jufri Judin.

Kesemua enam sukarelawan Malaysia itu dijangka pulang ke tanah air pada pukul 7 petang ini waktu Malaysia dengan menaiki pesawat Royal Jordanian RJ 108.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan