Chor Chee Heung Letak Harapan Tinggi Kepada Petugas - Berita Semasa | mStar

Chor Chee Heung Letak Harapan Tinggi Kepada Petugas

Diterbitkan: Isnin, 7 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung bertekad akan "turun padang" lebih kerap dalam usaha lebih memahami masalah yang dihadapi oleh orang ramai berhubung perumahan dan perkara perkara yang berkaitan.

Katanya beliau juga mengharapkan pegawai-pegawai kanan dari semua agensi dan jabatan di bawah kementerian itu mengikuti jejak langkahnya dalam membanyakkan aktiviti turun padang.

Beliau berkata para pegawai serta petugas kementerian itu perlu cekap dengan selok belok bidang tugas masiong-masing di samping bekerjasama dalam satu pasukan untuk manfaat orang ramai dan negara.

"Saya mahu pegawai-pegawai kanan supaya banyakkan aktiviti turun padang ini, dengan melawat kawasan-kawasan perumahan awam dan kampung-kampung baru. Saya akan cadangkan agar diadakan satu jadual turun padang," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima tugas barunya daripada menteri terdahulu Datuk Seri Kong Cho Ha di pejabat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di sini hari ini.

Kong dilantik sebagai Menteri Pengangkutan yang baru dalam rombakan kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa lepas. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan