BSMM Hantar Misi Bantuan Ke Gaza Bulan Depan

Diterbitkan: Isnin, 7 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) akan menghantar bantuan kemanusian ke Gaza dengan kerjasama Palang Merah dan Bulan Sabit Merah antarabangsa awal bulan depan.

Naib Pengerusi BSMM Datuk Dr Bahari Abu Mansor berkata beliau akan mengetuai misi itu dengan sembilan anggota pertubuhan itu menghantar bantuan dalam bentuk wang kepada Bulan Sabit Merah (BSM) Palestin yang berpusat di Gaza.

"Saya ingin memohon kepada semua pihak agar membantu kami dalam misi ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Mesyuarat Agung Ke-58 BSMM cawangan Melaka oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Wira Othman Muhamad di Ayer Keroh di sini, semalam.

Dr Bahari berkata BSMM akan melancarkan Tabung Gaza Rabu ini dalam usaha memungut derma dalam bentuk wang tunai kerana ia lebih mudah disalur kepada rakyat Palestin berbanding barangan yang selalunya mendapat halangan daripada Israel.

Beliau berkata sekiranya bantuan itu gagal disalur kepada BSM Palestin, BSMM akan menyalurkan bantuan itu kepada sebuah hospital Palestin di Kaherah, Mesir.

Tahun lepas, BSMM menyalurkan bantuan wang berjumlah RM1.9 juta kepada BSM Palestin yang kebanyakannya digunakan untuk perubatan kepada rakyat Palestin, katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan