6 Sukarelawan Malaysia Dijangka Pulang Ke Tanah Air Pada 7 Petang Ini

Diterbitkan: Isnin, 7 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Enam sukarelawan Malaysia yang menaiki MV Rachel Corrie, kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dirampas Israel kelmarin dijangka pulang ke tanah air pada pukul 7 petang ini.

Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria yang juga salah seorang daripada sukarelawan terbabit mengesahkan perkara itu kepada mStar Online ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau, mereka kini ditempatkan di Hotel Crown Plaza di Amman, Jordan.

“Kami semua dalam keadaan selamat dan sedang membuat persiapan untuk pulang ke Kuala Lumpur,” katanya.

Kesemua mereka telah dibebaskan di sempadan Israel-Jordan pada pukul 5.20 petang waktu Malaysia kini ditempatkan di hotel berkenaan yang disambut oleh Duta Malaysia ke Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz.

Sementara itu, Abdul Malek berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan mengenai persiapan untuk membawa pulang kesemua sukarelawan itu ke Kuala Lumpur.

“Rakyat Malaysia serta ahli keluarga sukarelawan tidak perlu bimbang kerana mereka kini selamat di Amman dan usaha giat dijalankan untuk membawa mereka pulang,” katanya.

Selain Mohd Nizar, lima sukarelawan lain adalah anggota Pertubuhan Damai Perdana Global (PGPO), Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, serta wartawan TV3, Halim Mohamed dan jurukameranya, Mohd Jufri Judin.

Wima Putra turut mengesahkan bahawa enam sukarelawan Malaysia terbabit dijangka pulang pada pukul 7 petang ini.

"Mereka akan berlepas dengan menaiki pesawat Royal Jordanian RJ 108," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima mStar Online.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan