Tentera Israel Terjun Ke Laut Selamatkan Diri

Diterbitkan: Ahad, 6 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Salah seorang sukarelawan yang berada di atas kapal Mavi Marmara memberitahu bahawa dia terkejut dengan tindakan dua tentera rejim Israel yang bertindak terjun ke laut walaupun dalam keadaan cedera.

Dr. Syed Muhammad Haleem Syed Hassan dari Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan) Palestin terkejut dengan tindakan dua tentera terbabit kerana mereka dipercayai terkena tembakan rakan sendiri.

"Kami membawa tentera-tentera Israel yang sudah dirawat ini ke tepi dek, namun mereka kemudiannya terjun ke laut untuk menyelamatkan diri.

“Tentera-tentera Israel menunggu di bawah sekitar kapal dan cara itu (terjun) mungkin membuat dia berasa lebih selamat,” katanya kepada pemberita sebaik tiba dari Istanbul, Turki bersama 11 lagi sukarelawan lain di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini awal pagi ini.

Namun apa yang lebih mengejutkan, Syed Muhammad Haleem menambah, tentera Israel terbabit dilindungi sebahagian kru walauapun pada masa yang sama penumpang kapal yang lain mahu bertindak memukulnya ekoran tindakan biadab mereka menyerang kapal berkenaan.

Dalam pada itu, dia tidak menyangka ramai sukarelawan yang mengalami kecederaan berikutan serangan terbabit.

“Ia bukan sekadar cedera ringan, tetapi kecederaan yang membawa maut. Terdapat empat sukarelawan yang cedera di hadapan kami kemudiannya meninggal dunia selepas 15 minit.

“Kami mungkin dapat menyelamatkan lebih ramai sukarelawan, namun gagal berikutan masalah kekurangan peralatan dan kekurangan oksigen,” ujarnya.

Syed Muhammad Haleem merupakan antara 12 sukarelawan yang dibebaskan oleh kerajaan Israel dalam insiden rampasan kapal berkenaan.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan