Skim Hukuman Kerja Kemasyarakatan Beri Faedah

Diterbitkan: Ahad, 6 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Usaha Kementerian Dalam Negeri untuk bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan mewujudkan skim hukuman melakukan kerja kemasyarakatan dengan membenarkan banduan bekerja di kem-kem tentera akan memberi faedah kepada kedua-dua kementerian itu.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata cadangan itu mampu menjimatkan perbelanjaan kerajaan, antaranya membantu kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan membina penjara.

Cadangan itu baik kerana jumlah banduan menjalani hukuman penjara atas kesalahan jenayah ringan adalah tinggi, dan dengan menjalani hukuman melakukan kerja kemasyarakatan di kem-kem tentera dapat mengurangkan jumlah mereka menjalani hukuman di penjara, katanya.

Abdul Latiff berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan kompeni Askar Wataniah kawasan Ketereh, Machang, Kubang Kerian dan Kota Baharu di Kem Rejimen 506 Sungai Durian, di Kuala Krai dekat sini hari ini.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Darat Datuk Zulkifli Mohd Zain.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan sedang mengkaji kemungkinan mewujudkan skim itu.

Selain itu, tentera juga dapat berperanan dalam melaksanakan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat dengan membentuk banduan-banduan ini menjadi insan lebih baik selepas menjalani hukuman di kem-kem tentera itu kelak, katanya Dr Abdul Latiff.

Timbalan Menteri Pertahanan itu kemudiannya melawat balu Allahyarham Mejar Muhammed Zulrihan Jusof, Wizana Abdul Ghani dan tiga orang anaknya di rumah mereka di sini dan menyerahkan sumbangan berjumlah RM18,000.

Dr Abdul Latiff berkata Kementerian Pertahanan menerusi Tabung Amanah Perwira akan memberi bantuan kewangan kepada Wizana dan bantuan persekolahan anaknya pada setiap bulan bagi meringankan beban mereka sekeluarga.

Pada 25 Mac lepas, Mejar Muhammed Zulrihan, jurulatih di Kolej Penerbangan TUDM Alor Setar, maut setelah pesawat Pilatus PC-7 Mark II yang dipandunya terhempas di kawasan hutan dekat Kompleks Sukan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan