Serangan Tentera Israel Umpama Lanun

Diterbitkan: Ahad, 6 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Syed Muhammad Haleem tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini.Foto AFP PHOTO
Syed Muhammad Haleem tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini.Foto AFP PHOTO

SEPANG: Tindakan tentera marin Israel umpama lanun.

Itu gambaran ekoran tindakan tentera Israel yang menyerang sama seperti lanun semasa menawan kapal Mavi Marmara yang terdiri daripada sukarelawan Flotila Pembebasan bagi misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Dr. Syed Muhammad Haleem Syed Hassan dari Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan) memberitahu, ia berikutan tindakan komando rejim Israel masuk ke kapal dan membuat keganasan ke atas penumpang yang tidak bersenjata

“Kami berusaha untuk menyelamatkan beberapa sukarelawan yang cedera dan meminta agar mereka dipindahkan untuk diselamatkan.

“Bagaimanapun, tentera Israel tidak mahu bekerjasama dan mengatakan kecenderaan tersebut berlaku di luar perairan Israel sedangkan mereka begitu berani menyerang kami di perairan antarabangsa,” katanya kepada pemberita sejurus tiba ke tanah air awal pagi ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.

Menurut Syed Muhammad Haleem, setelah beberapa kali tekanan yang dibuat oleh sukarelawan dengan mengatakan jika tidak dirawat mangsa yang cedera itu akan mati.

Bagaimanapun katanya, tentera Israel hanya mengambil lebih kurang enam pesakit setelah rundingan dibuat beberapa kali.

“Amat memalukan bagi Israel sendiri kerana mereka mengakui mereka datang ke perairan antarabangsa, namun tidak mampu membawa balik mangsa yang cedera dan menyerang orang awam yang tidak mempunyai sebarang senjata,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan