Rachel Corrie Ditawan, Malaysia Gesa Israel Tidak Bertindak Kejam

Diterbitkan: Ahad, 6 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan Malaysia menggesa Israel supaya tidak mengambil tindakan drastik dan bertindak kejam terhadap semua penumpang yang berada dalam MV Rachel Corrie (gambar) yang telah ditahan oleh Tentera Pertahanan Israel (IDF), pagi semalam.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman turut mendesak rejim zionis menjamin keselamatan mereka yang terlibat dalam misi kemanusiaan ke Gaza itu dengan tidak mencederakan mereka ekoran kerana semua sukarelawan berkenaan tidak bersenjata.

"Kesemua aktivis kemanusiaan yang berada dalam kapal perlu diberikan bantuan untuk memastikan keselamatan mereka," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Wisma Putra, semalam.

Dalam pada itu, Anifah berkata, Malaysia juga meminta Israel memastikan keselamatan kapal dan penumpangnya selamat tiba di Gaza bagi membolehkan penghantaran kargo kemanusiaan yang dibawa.

Pada masa yang sama, Malaysia menyeru komuniti antarabangsa mendesak Israel membenarkan kapal misi kemanusiaan ini memasuki perairan Gaza.

"Kita akan sentiasa memantau dengan teliti perkembangan mereka di sana, termasuklah enam rakyat Malaysia yang turut berada di atas kapal Rachel Corrie," katanya.

Sebelum ini Penasihat PGPO, Datuk Mukhriz Mahathir mengesahkan terdapat tiga buah kapal yang dipercayai milik tentera laut Israel mengekori Rachel Corrie sejak kira-kira pukul 3 pagi waktu di Gaza.

Dalam maklumat terkini menerusi laman Twitter, PGPO yang menaja kapal bantuan misi ke Gaza itu menyatakan bahawa semua sukarelawan yang berada dalam kapal berkenaan dilaporkan selamat.

Sementara itu menurut laporan agensi berita AFP, Rachel Corrie tidak mengendahkan arahan tentera laut Israel supaya kapal itu mengubah haluan menuju ke Pelabuhan Ashdod.

"Kami memberitahu beberpa kali kepada penganjur dalam kapal itu supaya menuju ke Pelabuhan Ashdod kerana wujud sekatan untuk masuk ke Semenanjung Gaza, tetapi mereka tetap ingkar," kata seorang jurucakap tentera Israel.

Kapal Rachel Corrie milik Malaysia membawa 1,500 tan pelbagai bantuan termasuk makanan, perubatan dan bahan binaan kepada penduduk Gaza dalam misi tersebut.

Rakyat Malaysia yang berada di atas kapal kargo tersebut ialah Matthias Chang, Sukarelawan PGPO Shamsul Akmar Musa Kamal dan Ahmad Faizal Azumu. Turut berada dalam kapal berkenaan Ahli Parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria, Wartawan TV3 Halim Mohd dan jurukamera, Mohd Jufri Judin.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan