Pelantikan Palanivel Peluang Keemasan Bantu Masyarakat India

Diterbitkan: Ahad, 6 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu menyifatkan pelantikan timbalannya Datuk G. Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi sebagai satu peluang keemasan untuk membantu masyarakat India.

Katanya, kementerian ini sangat penting bagi masyarakat India terutamanya kepada mereka yang tinggal dan bekerja di ladang-ladang.

"Saya yakin beliau akan membuat yang terbaik untuk menjamin kesejahteraan masyarakat India, khususnya di ladang-ladang," katanya semasa berucap merasmikan Konvensyen MIC Selangor ke-64 di sini, hari ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana pelantikan tersebut. Najib pada Selasa lepas dalam rombakan kecil kabinet melantik Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, dan sebelum itu pada 3 Mei lepas beliau dilantik sebagai senator. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan