Kerajaan Mansuh Bayaran Lesen Runcit Barang Kawalan

Diterbitkan: Ahad, 6 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERA: Peniaga yang menjual barang kawalan seperti gula, minyak masak dan tepung kini boleh mendapatkan Lesen Runcit Barang Kawalan 2010 secara percuma berikutan pemansuhan bayaran bagi lesen itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebelum ini, semua peruncit disyaratkan membayar RM10 bagi mendapatkan lesen tersebut.

"Kerajaan memansuhkan bayaran tesebut hasil perjumpaan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zin Mohd Dom dengan Gabungan Persatuan Barang Barang Runcit Malaysia di Kuala Lumpur pada 4 Jun lepas," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan peruntukan kepada Persatuan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Parlimen Bera di sini, hari ini.

Katanya, lesen tersebut, yang sah selama dua tahun dan berkuatkuasa 1 Julai ini, diwujudkan bagi melindungi pengguna selain memastikan peniaga mematuhi peraturan.

Beliau berkata peniaga yang menjual barang kawalan perlu mendapatkan lesen itu di pejabat kementerian berkenaan di seluruh negara dengan mengisi borang khas.

"Mereka yang tidak mempunyai lesen tidak dibenar mendapatkan bekalan barang-barang kawalan itu. Saya telah mengarahkan kementerian supaya memberitahu pemborong agar tidak membekalkan barang kawalan kepada peniaga terbabit," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata peniaga tidak boleh menyimpan stok gula atau tepung melebihi 200 kilogram.

"Mereka perlu meletakkannya di rak-rak jualan. Jika mereka ingin menyimpan bekalan tersebut, perlu mohon kebenaran daripada kementerian," katanya.

Beliau yang juga anggota Parlimen Bera berkata, tindakan boleh diambil terhadap peniaga atau pemborong yang didapati menyorok atau menjual barang kawalan pada harga lebih mahal mengikut Akta Kawalan Harga 1946 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Akta Kawalan Harga memperuntukkan hukuman penjara 3 tahun atau denda RM15,000 terhadap peruncit, dan penjara 3 tahun atau denda RM25,000 ke atas pemborong, jika sabit kesalahan.

Mengikut Akta Kawalan Bekalan pula, peruncit boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun atau denda RM100,000 manakala pemborong pula berhadapan hukuman penjara tiga tahun atau denda RM250,000.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan