Kerajaan Kaji Mekanisme Elak Produk Subsidi Diseludup

Diterbitkan: Ahad, 6 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Kementerian Kewangan kini mengkaji mekanisme terbaik bagi menyukarkan penyeludupan bahan keperluan yang disubsidi kerajaan ke negara jiran. Timbalan Menterinya Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata fokus kajian itu adalah memastikan bahan-bahan tersebut hanya diperolehi kumpulan sasar.

Kerajaan mengalami kerugian besar setiap tahun apabila barang keperluan seperti gula, minyak masak, tepung gandum dan minyak diesel serta petrol mengalir keluar ke negara jiran, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Awang Adek mengulas kegiatan menyeludup bahan-bahan berkenaan yang semakin menjadi-jadi sehingga menyukarkan rakyat tempatan mendapat bekalan.

Kes terbaru membabitkan rampasan 7,000 liter minyak diesel bernilai RM12,000 oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia yang menahan sebuah bot nelayan tempatan dipercayai cuba menyeludup bahan itu ke Thailand di Tok Bali semalam.

Awang Adek berkata, kegiatan itu berleluasa disebabkan barangan itu sememangnya lebih mahal di negara jiran dan penyeludup berpeluang membuat keuntungan besar kerana di sini barangan itu dijual pada harga yang disubsidi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan