Kami Fikir Kena Penjara Setahun - Noorazman

Diterbitkan: Ahad, 6 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambut Ketua misi Life Line For Gaza (LL4G), Noorazman Mohd Samsuddin dan 12 sukarelawan Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini. Foto BERNAMA
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambut Ketua misi Life Line For Gaza (LL4G), Noorazman Mohd Samsuddin dan 12 sukarelawan Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini. Foto BERNAMA

SEPANG: Ketua Misi Life Line For Gaza (LL4G), Noorazman Mohd Samsuddin tidak menyangka dapat keluar lebih awal daripada tahanan tentera Israel.

Beliau berkata, semua sukarelawan tidak dapat berhubung dengan sesiapa pun kerana diputuskan hubungan dengan dunia luar sebaik sahaja Mavi Marmara ditunda ke Pelabuhan Ashdod, dekat Gaza.

“Kami hanya melihat wakil kedutaan-kedutaan lain masuk ke dalam penjara dan tahu wakil kedutaan Malaysia tidak akan masuk kerana tiada hubungan diplomatik (dengan Israel).

“Sebab itu kami ingatkan kami ditahan selama sebulan atau dua bulan atau sehingga setahun,” katanya pada sidang media di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini awal pagi ini.

Beliau bersama 11 sukarelawan telah ditahan di Penjara Be’er Sheva di Israel.

Semua sukarelawan itu tiba pukul 5.40 pagi dengan pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) diringi Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Dalam pada itu Noorazman dan semua sukarelawan mengucapkan terima kasih kepada Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Jordan kerana membantu mengeluarkan mereka lebih awal.

“Wira sebenar sebenarnya bukanlah kami, tetapi mereka yang berdoa, solat hajat dan berusaha untuk mengeluarkan kami. Kamulah wira-wira itu,” ujarnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan