10 Kes Baru Positif H1N1 Dilaporkan Dalam Tempoh 24 Jam

Diterbitkan: Ahad, 6 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 kes baru positif influenza A (H1N1) dikesan di seluruh negara menjadikan jumlah terkumpul sehingga kini 14,952 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata tidak ada kejadian kluster penyakit serupa influenza (ILI) baru atau kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas.

"Terdapat sejumlah 55 kluster ILI yang masih aktif di seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Dr Mohd Ismail berkata sebanyak 521 kes dirawat di hospital seluruh negara dan daripada jumlah itu 50 kes atau 9.6 peratus disahkan positif H1N1.

"Lapan pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi dan tujuh daripadanya merupakan individu yang mempunyai faktor risiko," katanya.

Dr Mohd Ismail berkata memandangkan jangkitan H1N1 masih aktif di kebanyakan negara, orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah kawalan dan pencegahan.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat terkini berkaitan virus itu serta langkah-langkah pencegahan boleh layari laman web http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/0300.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan