Tiada Tekanan Di Sebalik Pelantikan Sebagai Timbalan Menteri, Kata Riot

Diterbitkan: Sabtu, 5 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot Jaem hari ini menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa pelantikannya dalam rombakan Kabinet baru-baru ini disebabkan wujudnya tekanan daripada masyarakat Bidayuh.

"Saya dilantik kerana saya berkebolehan serta berpengalaman. Saya sudah menjadi anggota Parlimen selama 20 tahun," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini, sejurus tiba dari Kuala Lumpur.

Lebih 300 penduduk kampung dari kawasan Parlimen Serian menyambut kepulangan Riot di lapangan terbang berkenaan.

Riot, 58, mengangkat sumpah taat setia dan simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi kepercayaan serta yakin dengan kebolehannya.

"Perdana Menteri berkata 'Saya tahu anda (Riot) berkebolehan' selepas saya mengangkat sumpah di Istana Negara di Kuala Lumpur semalam,," katanya.

Rabu lepas, setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen mendakwa pelantikan Riot, iaitu anggota jawatankuasa kerja pusat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) disebabkan wujud tekanan daripada masyarakat Bidayuh yang mahu pemimpin mereka diberi jawatan dalam Kabinet atau menjadi pengerusi Majlis Perbandaran Padawan.

Selain itu, bekas presiden Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh Datuk Peter Minos juga telah meminta SUPP memberi jawatan khusus kepada wakil kaum Bidayuh.

Riot berikrar untuk bekerja keras bagi memenuhi kepercayaan yang diberi kepadanya oleh perdana menteri.

"Saya akan menjadikan pelantikan ini sebagai inspirasi untuk saya bekerja lebih keras untuk rakyat. Saya sedar tugas dan tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Luar adalah berat, namun dengan panduan menteri serta pegawai-pegawai kementerian, saya yakin mampu melaksanakan tugas yang diamanahkan dan tidak akan mengecewakan Perdana Menteri.

"Saya akan melakukan yang terbaik demi kementerian, rakyat dan negara," katanya.

Riot juga menyifatkan pelantikannya pada 1 Jun lepas semasa kaum Dayak meraikan hari pertama sambutan Pesta Gawai, sebagai hadiah istimewa Perdana Menteri kepada masyarakat berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan