Sukarelawan Gaza Rakyat Malaysia Berlepas Pulang

Diterbitkan: Sabtu, 5 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AMMAN: Sekumpulan 12 rakyat Malaysia yang dibebaskan kerajaan Israel Rabu lepas ekoran insiden rampasan kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza awal minggu ini, telah meninggalkan Amman untuk ke Istanbul sebelum berlepas pulang ke tanah air pada Jumaat.

Mereka diiringi Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan pegawai kementerian yang lain menaiki pesawat Royal Jordanian (RJ).

Penerbangan RJ165 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia pada 11.20 pagi waktu tempatan (4.20 petang waktu Malaysia).

Hadir sama di lapangan terbang untuk mengucapkan selamat jalan kepada rombongan itu ialah Duta Malaysia ke Jordan Datuk Abdul Malek Abdul Aziz.

Mereka dijadual berlepas dari Istanbul pada Sabtu petang dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 5.50 pagi Ahad.

Seorang pegawai di kementerian itu memberitahu Bernama di sini bahawa ketibaan rombongan berkenaan akan disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mereka dan keluarga masing-masing kemudiannya akan dibawa menaiki tiga bas menuju ke kediaman persendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Kesemua 12 rakyat Malaysia itu, termasuk dua pekerja stesen televisyen Astro Awani, berada di atas Kapal Turki "Mavi Marmara" yang diserang tentera Israel di perairan antarabangsa Isnin lepas, sehingga mengorbankan beberapa nyawa.

Kapal yang turut dinaiki aktivis proPalestin dari negara lain, sedang dalam perjalanan membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza, yang semakin sengsara akibat kepungan Israel sejak tiga tahun lalu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan