Seluruh Pantai Pengerang Yang Tercemar Dibersihkan Daripada Tumpahan Minyak

Diterbitkan: Sabtu, 5 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Keseluruhan kawasan pantai di Pengerang, Kota Tinggi yang dicemari kesan tumpahan minyak akibat kejadian pelanggaran kapal MT Bunga Kelana 3 dan MV Waily dua minggu lepas, telah pun dibersihkan.

Menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS), kerja-kerja pembersihan kini tertumpu kepada Sungai Bongkok dan Sungai Haji Ahmad yang masih tercemar dengan kesan tumpahan minyak.

Sejumlah 105 pekerja yang terlibat dalam operasi pembersihan pantai berjaya mengumpul 19,860 beg mengandungi minyak bercampur pasir serta 37,391 liter minyak.

Selain itu, operasi pemantauan tumpahan minyak telah dihentikan kerana tiada kesan tompokan minyak baru dikesan, tetapi jika tumpahan minyak baru dikesan kerja-kerja menanganinya akan dijalankan serta-merta, kata kenyataan itu lagi.

Jika orang awam menemui kesan atau tompokan minyak, mereka boleh menghubungi talian hotline JAS 1-800-88-2727. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan