Pemuda Tidak Terkilan Khairy Tidak Terpilih Dalam Rombakan Kabinet

Diterbitkan: Sabtu, 5 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Pergerakan Pemuda Umno tidak terkilan walaupun Ketuanya Khairy Jamaluddin tidak tersenarai dalam rombakan kecil Kabinet baru-baru ini.

Sebaliknya, Naib Ketua pergerakan Datuk Razali Ibrahim menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang membesar-besarkan perkara itu sebagai tidak matang dan cuba memutar-belitkan isu.

Rombakan itu tidak melibatkan pemimpin Umno tetapi parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain iaitu MCA, MIC, Parti Progresif Penduduk dan parti-parti dari Sarawak, dan kita tahu pemimpin kita berkaliber, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pergerakan itu juga katanya memahami hak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Umno dalam membuat rombakan tersebut.

"Tapi pembangkang buat tuduhan itu seolah-olah Khairy diketepikan...agak melucukan dan jelas tidak matang dalam berpolitik.

"Bagaimanapun kami tak rasa apa-apapun," katanya yang mengulas mengenai 'kehangatan' isu tersebut dibincangkan menerusi beberapa laman web.

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan yakin isu itu tidak akan menimbulkan keresahan pada kalangan pemimpin Umno khususnya pada kalangan Pemuda sendiri.

Sementara mengulas isu berlainan, Razali berkata Pemuda telah melancarkan kempen khidmat pesanan ringkas (SMS) yang bernilai 50 sen bagi setiap SMS bagi membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin.

Kutipan daripada kiriman SMS itu akan disumbangkan kepada tabung bantuan kemanusiaan, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan