Isu Kilang Kenmark Selesai, 413 Pekerja Dipanggil Bekerja Semula

Diterbitkan: Sabtu, 5 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELABUHAN KLANG: Isu lebih 400 pekerja kilang perabot Kenmark Industrial Co (M) Bhd, yang tidak dapat bekerja berikutan penutupan operasi kilang secara tiba-tiba sejak 27 Mei lepas, selesai apabila kilang itu meneruskan operasinya dan kesemua mereka dipanggil bekerja semula mulai Isnin.

Pengarah Tenaga Kerja, Jabatan Tenaga Kerja Selangor Fong Khei Por berkata isu itu selesai selepas pihak pengurusan baru dengan wakil pekerja berjaya mencapai kata sepakat dan memutuskan untuk meneruskan operasi.

"Apa yang berlaku adalah isu komunikasi dan keadaan panik. Itu yang menyebabkan pekerja tidak mengetahui status mereka sehingga petang semalam. Sebenarnya Kenmark Industrial tidak tutup tetapi operasinya dihentikan untuk proses penaksiran aset, sebab itu pekerja tidak dapat bekerja.

"Hasil perbincangan, semua pihak bersetuju bahawa pekerja tidak alami apa-apa kerugian dan pihak majikan berjanji akan bayar gaji seperti sediakala, tiada apa-apa kekurangan," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Kenmark Industrial yang diwakili pengarahnya, Woon Wai En dan empat wakil pekerja diketuai oleh Abdul Halim Mohd Aini.

Media sebelum ini melaporkan sejumlah 413 pekerja syarikat itu, yang hampir separuh daripadanya merupakan rakyat tempatan, tidak dibenarkan masuk ke tempat kerja ketika mereka datang untuk memulakan tugas pada 27 Mei lepas.

Bursa Malaysia dalam satu kenyataan sebelum ini menyatakan Kenmark Industrial adalah syarikat PN17 ekoran kegagalannya membayar pinjaman, dan ia sudah menerima surat tuntutan daripada EON Bank dan Export-Import Bank of Malaysia Bhd.

Woon berkata pihak syarikat mengalu-alukan kesemua pekerja terbabit kembali bekerja bagi membolehkan kilang memulakan operasi secepat mungkin, di bawah pengurusan baru yang mengambil alih operasi syarikat sejak tiga hari lepas.

Sementara itu, Abdul Halim berkata pihaknya berterima kasih kepada semua pihak terutama Jabatan Tenaga Kerja yang membantu mereka menyelesaikan masalah itu.

"Atas pertemuan dan persetujuan yang dicapai hari ini kami dan pihak pengurusan capai kata sepakat supaya semua pekerja yang nasibnya terumbang-ambing berikutan masalah ini kembali bekerja di bawah pengurusan baru.Kami setuju dengan cadangan yang dibincangkan hari ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan