Israel Pintas Rachel Corrie - Berita Semasa | mStar

Israel Pintas Rachel Corrie

Diterbitkan: Sabtu, 5 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Gambar Fail: Kapal Rachel Corrie hari ini dipintas oleh tentera Israel ketika mereka menghampiri Gaza dalam usaha menghantar bantuan kemanusiaan kepada Palenstin. Turut berada dalam kapal berkenaan ialah enam sukarelawan rakyat Malaysia.Foto AFP

JERUSALEM: Tentera laut Israel memintas kapal MV Rachel Corrie yang dalam perjalanan menuju ke Gaza awal pagi ini, demikian menurut jurucakap kumpulan penganjur misi berkenaan.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada berlakunya sebarang keganasan ataupun tidak.

Kapal Rachel Corrie milik Ireland itu berada 55 kilometer di Laut Mediterranean

Jurucakap tentera Isarael berkata, tiada sebarang maklumat diterima berhubung perkara berkenaan.

Rachel Corrie sebelum ini ditahan lima hari selepas konvoi enam kapal yang menyertai misi kemanusiaan ke Gaza diserang komando Israel hingga menyebabkan sembilan aktivis maut dengan berpuluh lagi cedera. – REUTERS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan