Allahyarham Tan Sri Azizan Zainul Abidin Dianugerah Gelaran Tun

Diterbitkan: Sabtu, 5 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Perbadanan Putrajaya dan juga Petronas, Allahyarham Tan Sri Azizan Zainul Abidin menerima anugerah tertinggi Darjah Kebesaran Persekutuan 2010, Seri Setia Mahkota Malaysia (S.S.M) yang membawa gelaran Tun sempena keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada Sabtu.

Allahyarham seorang tokoh yang dihormati di sektor kerajaan dan swasta meninggal dunia pada 14 Julai 2004 pada usia 68 tahun merupakan antara 1,626 penerima anugerah darjah dan pingat kebesaran.

Empat orang menerima darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran Tan Sri iaitu Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan dan Pengerusi The Nippon Foundation Yohei Sasakawa.

Sementara 33 menerima darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang juga membawa gelaran Tan Sri terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri James Foong Cheng Yuen, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Dr Zulkefli A. Hassan.

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Pro-Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris Datuk Seri Abdul Shukor Abdullah, Pengarah Institut Pengurusan & Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Datuk Dr Abdul Shukor Hj Husin.

Penasihat Majlis Penasihat Ekonomi Malaysia Datuk Seri Panglima Andrew Sheng Len Tao, Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Datuk Hasmah Abdullah, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia Prof Datuk Dr Nik Mustapha R. Abdullah.

Penimbangtara dan Peguambela Zul Rafique Associates Datuk Cecil Wilbert Mohanaraj Abraham, Timbalan Presiden Majlis Olimpik Datuk Dr M. Jegathesan, Pengerusi syarikat hartanah Perfect Eagle Development Sdn Bhd Datuk Koo Yuen Kim.

Pengerusi Group of ABEX Companies Datuk Kuang Eng Kong @ Kuan Yong Kuan, Pemegang Amanah Yayasan Lau Gek Poh Datuk Seri Panglima Lau Yu Chak @ Lau Cho Kun, Presiden Kehormat Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) dan Ketua eksekutif Kuala Lumpur Kepong Bhd Datuk Seri Lee Oi Hian, Pengarah Urusan Andamy Properties, Plantations, Resources Sdn Bhd Datuk Seri Panglima Andrew Liew Sui Fatt.

Timbalan Pengerusi Eksekutif I-Berhad Datuk Lim Kim Hong, Pengerusi Kumpulan Shin Yang Sdn Bhd Datuk Ling Chiong Hoi, Penasihat Korporat Tradewinds (M) Berhad Datuk Dr Mohd Noor Ismail, Pengarah Perubatan Institut Jantung Negara Datuk Seri Robaayah Zambahari.

Pengarah Urusan The Store Corporation Berhad Datuk Seri Tang Yeam Soon, Presiden Samling Strategic Corporation Sdn Bhd Datuk Yaw Teck Seng @ Hiew Teck Seng, Pengarah Urusan Pensonic Corporation Sdn Bhd Datuk Seri Tan Khoon Hai.

Ketua Polis Republik Indonesia Jeneral Polisi Drs. Bambang Hendarso Danuri, bekas Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral (B) Datuk Seri Mohd Yunus Mohd Tasi dan Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud.

Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin, bekas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Abdul Rashid Abdul Rahman, bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Adenan Satem, bekas Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr Fong Chan Onn.

Bekas Timbalan Menteri Pertanian Prof Datuk T.Marimuthu, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Tajol Rosli Ghazali dan veteran MCA Datuk Tan Cheng Swee.

Seramai 42 menerima darjah Panglima Jasa Negara (P.J.N.) membawa gelaran Datuk. Mereka terdiri daripada Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Abd Jabar Che Nai, Timbalan Ketua Audit Negara Datuk Azizah Arshad, Ketua Perunding Nefrologi Hospital Kuala Lumpur Dr Ghazali T.V. Ahmad Kutty, Hakim Rayuan Syarie Hussin Ahamad, Pakar Perunding Perubatan Jabatan Perubatan dan Kesihatan Hospital Kuala Lumpur Datuk Dr S. Jeyaindran.

Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan Datuk Latifah Datuk Abu Mansor, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman, Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Sistem & Kawalan) Kementerian Kewangan Datuk Puteh Rukiah Abd Majid.

Ketua Pengarah RISDA Datuk Mohammad Izat Hasan, Pengarah Urusan Malaysian Industrial Development Finance Berhad Najib Abdullah, Pemegang Amanah Yayasan Penyakit Alzheimer's Toh Puan Dr Aishah Ong, Peguam Bela & Peguam Cara Rakan Kongsi Tetuan Shahidan Fazli Nawawi & Partners Che Md Nawawi Ismail.

Penaung Persatuan Bekas Tentera Malaysia cawangan Sibu Brig Jen (B) Goh Ah Bah, bekas Ketua Pengarang Kumpulan The News Straits Times Hardew Kaur, Pengarah Filem dan Penulis Skrip Persatuan Seniman Malaysia Datuk Jamil Sulong, Ketua Eksekutif Kumpulan Symphony House Berhad Datuk Mohamed Azman Yahya.

Pengerusi Sri Maha Mariamman Temple Dhevasthanam Datuk R. Nadraja, Presiden Persatuan Kolej-Kolej dan Universiti-Universiti Swasta Malaysia Dr Parmjit Singh, Pengerusi Eksekutif INNO Serangkai Sdn Bhd Datuk Wan Ahmad Fauzi Hashim @ Wan Husain, Pengarah Eksekutif TNL Engineering Sdn Bhd Teo Geck Heng.

Ketua Polis Kepala Badan Narkotik Nasional Komisaris Jenderal Polisi Drs. Gories Mere, Setiausaha Agung Islamic Financial Services Board (IFSB) Prof Rifaat Ahmed Abdel Karim dari Sudan, bekas Pakar Perunding Bedah Kehormat Kementerian Kesihatan Prof Russell Walker Strong dari Australia.

Panglima Armada Tentera Laut Diraja Malaysia Laksamana Madya Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, Panglima Angkatan Bersama Angkatan Tentera Malaysia Lt Jen Datuk Allatif Mohd Noor.

Anggota Parlimen Kanowit Aaron Ago Dagang, Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Parit Raja Ab Aziz Kaprawi, Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab. Rauf Yusoh, Ketua UMNO Bahagian Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub,

Anggota Parlimen Kapit Alexander Nanta Linggi yang juga Naib Pengerusi BNBBC Sarawak, anggota MCA Chua Kim Chuan, Bendahari Agung Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) D. Gnanasambantham, Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Henrynus Amin, Anggota Jawatankuasa Gerakan Lee Ah Fat, Naib Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Lily Yong Lee Lee, Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus Datuk Mohd Nasir Ibrahim @ Ibrahim Fikri.

Pengerusi MCA Bahagian Mersing Ng See Tiong, anggota MIC S Rajakupal, Naib Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Sheah Zwat Tsang @ Vincent Shia, Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) Swin Jema'ah @ Aidan Wing, Setiausaha Agung Parti Liberal Demokratik Datuk Teo Chee Kang.

Tujuh menerima darjah Panglima Setia DiRaja (PSD) yang membawa gelaran Datuk terdiri daripada Senior Consultant Physician and Gastroentrologist Hospital Putrajaya Datuk Dr Ahmad Shukri Datuk Md Salleh @ Embat, Konsultan Ortopedik, Artoskopi dan Kecederaan Sukan, Prince Court Medical Centre Dr Mohd. Asri Abd Ghapar.

Duta Besar Malaysia ke Jepun Datuk Shaharuddin Md. Som, Setiausaha Bahagian, Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa Wan Hamidah Wan Ibrahim, Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri Datuk Wan Zahidi Wan Teh, Profesor Perubatan Bahagian Nefrologi, Prince Court Medical Centre Dr Tan Si Hai @ Tan Si Yen, Ketua Perkhidmatan Perubatan Prince Court Medical Centre Sdn Bhd Dr Ryan Ponnudurai.

Seramai 24 menerima pingat Johan Mangku Negara (JMN), 96 pingat Johan Setia Mahkota (JSM), dua menerima Johan Setia Diraja (JSD), 332 Kesatria Mangku Negara (KMN), sembilan orang menerima Kesatria Setia DiRaja (KSD), 486 Ahli Mangku Negara (AMN), 577 Pingat Pangkuan Negara (PPN) dan 13 Bentara Setia DiRaja (BSD). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan