Pemuda Umno Buat Laporan Polis Terhadap Kenyataan Anwar Hina Hakim

Diterbitkan: Jumaat, 4 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno Khamis membuat laporan polis berhubung kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menghina institusi kehakiman negara dalam satu ceramah di Tanah Merah, Kelantan, bulan lepas.

Dalam laporan polis, setiausahanya Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid mendakwa Ketua Pembangkang itu telah menggambarkan hakim kes perbicaraan liwatnya itu sebagai 'bahalol' dalam ceramah perdana pakatan pembangkang di Tanah Merah pada 29 Mei lalu.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD) di sini pada kira-kira pukul 5 petang Khamis.

Megat Firdouz berkata dalam ceramah tersebut Anwar turut menyifatkan badan kehakiman negara sebagai 'rosak dan punah' serta gagal dipulihkan kerana diterajui oleh individu-individu yang tidak layak.

"Kenyataan yang dilontarkan oleh beliau punya niat jahat yang sengaja dibuat bagi menghasut dan menimbulkan kesangsian orang ramai terhadap institusi kehakiman, terutamanya dalam mentadbir keadilan di negara ini.

"Kenyataan sebegitu menghina institusi kehakiman dan dapat merosakkan kredibiliti hakim tersebut, selain menimbulkan kebencian orang ramai terhadap badan tersebut," katanya kepada pemberita di luar perkarangan IPD Dang Wangi.

Beliau berkata Anwar tidak sepatutnya menggunakan kedudukannya dalam parti pembangkang bagi menjawab segala tuduhan atas pentas politik sekaligus mengheret sistem kehakiman ke kancah politik.

"Kenyataan yang dibuat melibatkan kes mahkamah yang sedang berjalan atas tuduhan meliwat dan ini adalah satu yang subjudis. Siasatan sewajarnya perlu dilakukan dengan kadar segera demi kepentingan awam dan semua pihak," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan