Najib Tidur Lewat Untuk Bercakap Kepada Sukarelawan Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 4 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AMMAN: Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menemui 12 rakyat Malaysia yang dibebaskan oleh Israel setelah mereka ditahan dalam sebuah kapal dekat Gaza pada Isnin semasa menyertai misi antarabangsa membawa bantuan kepada rakyat Palestin.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, yang berada di sini untuk menemui rakyat Malaysia itu yang termasuk dua petugas stesen televisyen Astro Awani, memberitahu Bernama bahawa pertemuan itu akan diadakan apabila kumpulaN itu kembali ke Malaysia.

Semalam Kementerian Luar berkata kumpulan itu dijadual tiba di Lapangan Terbang KL pada 5.40 pagi Ahad ini. Mereka berlepas dari sini ke Istanbul, Turki, hari ini untuk mengambil barang masing-masing.

Anifah dan ketua kumpulan itu, Noorazman Mohamad Samsuddin, telah bercakap melalui telefon dengan Perdana Menteri pada Rabu ketika anggota misi itu menghadiri satu majlis di sini bagi meraikan pembebasan mereka.

Anifah berkata Najib amat bimbang dan mengambil berat mengenai keselamatan rakyat Malaysia itu dan sanggup tidur lewat kerana mahu bercakap dengan mereka.

"Perbualan telefon itu adalah pada 2 pagi waktu Laos di mana Perdana Menteri sedang berada untuk satu lawatan rasmi," katanya.

Dalam insiden Isnin lepas, kapal milik Turki "Mavi Marmara", yang membawa sukarelawan serta bantuan seperti perubatan, diserang tentera Israel menyebabkan 10 orang sukarelawan dilaporkan terbunuh. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan